Penyakit-penyakit pembunuh utama manusia moden seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, barah dan seumpanya semakin menjadi-jadi disebalik perkembangan teknologi perubatan moden. Selain dari meningkatnya bilangan penyakit ini, umur berlakunya penyakit-penyakit tersebut semakin menurun. Kesengsaraan yang disebabkan oleh penyakit-penyakit pembunuh utama ini tidak boleh dipandang ringan dan kos pembiayaan rawatannya pula semakin meningkat. Sanggupkah anda pertaruhkan masa depan anda berhadapan dengan segala kerumitan ini? Jika tidak, maka pencegahan merupakan satu-satunya jalan keluar. Untuk mencegah anda perlu mengetahui apakah faktor-faktor penentuan kesihatan manusia moden. Terdapat banyak faktor yang menentukan kesihatan manusia dewasa ini. Di antaranya termasuklah : a. Sistem Rawatan b. Warisan c. Alam Sekitar d. Gaya Hidup Pilihan gaya hidup merupakan faktor utama dalam menentukan kesihatan manusia kini. Terdapat dua corak pilhan gaya hidup insan moden iaitu : 1. Pilhan Gaya Hidup Positif Pemakanan yang baik Aktiviti Berterusan Rehat Mencukupi Sikap Minda Positif Kawalan Stress 2. Pilihan Gaya Hidup Negatif Merokok Penyalahgunaan Dadah Arak Seks Bebas Tabiat Pemakanan Negatif Kehidupan Sedentari Kerja Berlebihan Sikap Minda Negatif Stress Tidak Terkawal Untuk mencegah dari dihampiri oleh penyakit-penyakit pembunuh utama, perseimbangan kesemua faktor-faktor ini tersangat penting. Mampukah anda mengendalikan semuanya ini berseorangan?? Di sinilah HHLC dapat membantu anda. Kami mengawasi tahap kesihatan anda serta corak gaya hidup yang anda pilih. Pakar-pakar kami akan membentangkan penyelesaian kepada cabaran yang sedang dan bakal anda temui. Khidmat nasihat yang diberi adalah bersifat jangkamasa panjang.
|