Program-program anjuran HHLC dapat dikatagorikan kepada : 1. Program-program jangkamasa panjang Program-program jenis ini berbentuk "on going". Setiap program akan berterusan selama 6 bulan hingga setahun. Bermatlamat jauh, program jenis ini biasanya mempunyai struktur berkala. Objektifnya juga bersifat khusus. Program-program jenis ini tersangat mustahak untuk memupuk kesedaran, pemahaman, amalan dan tabiat jangkamasa panjang dalam diri para peserta. Hal ini sejajar dengan sifat kesihatan insan yang juga memerlukan penjagaan berterusan untuk jangka waktu yang jauh. Diantara program-program jangkamasa panjang termasuklah : a. Program Kesederan Kesihatan (H.O.P.E) b. Pakej Pengurusan Stress c. Pakej Pengurusan Kecemerlangan Diri d. Kursus Asas Kesihatan & Perubatan Holistik e. Latihan Keusahawanan Kesihatan Holistik 2. Program-program jangkamasa pendek Kebiasannya program-program jenis ini berlangsung selama 4-8 jam, samada selama satu, dua atau tiga hari bergantung kepada modul yang dipersetujui. Ia bersifat intensif dengan matlamat tertentu. Program jenis ini berkesan dalam merangsang kesedaran dan motivasi para peserta namun program-program susulan diperlukan. Diantara contoh program-program intensif ini termasuklah : a. Seminar Kesihatan Krohanian b. Seminar Psikologi Pencapaian c. Seminar Kesihatan Minda di Alaf Baru d. Seminar Penerapan Sikap Minda Positif e. Bengkel Pembentukan EQ yang Cemerlang f. Seminar Pengurusan Kecemerlangan Diri di Alaf Baru g. Ceramah Kesihatan Sukan h. Siri Ceramah Kesedaran Kesihatan i. Seminar Pengurusan Kesihatan Tetamu Allah 
Selain dari jenis-jenis program yang tersebut diatas, HHLC juga menyediakan aktiviti-aktiviti dan program yang dicipta khas untuk memenuhi tuntutan pelanggan atau organisasi tertentu (tailor-cut programs). Walau apa jenis program sekalipun, kami tetap mengutamakan citarasa dan keperluan anda. Hubungi kami segera untuk mendapat penjelasan berkenaan program-program ini. |